Profil Perniagaan PDF Print E-mail

LATARBELAKANG

Saahifah Global Resources (Saahifah) ditubuhkan dengan rasmi pada 11 Januari 2006 dengan pendaftaran 001593111-V. Saahifah merupakan syarikat milik penuh bumiputera, perkongsian antara En. Rosdan Abdul Manan dan Puan. Nor Azizah Nurdin. Saahifah juga merupakan syarikat berdaftar dengan Kementerian Kewangan (357-02063981).

Umumnya syarikat ini ditubuhkan hasil daripada kesinambungan beberapa cabang operasi dan perniagaan serumpun yang sebelum ini dijalankan secara berasingan. Secara strategiknya, Saahifah merupakan entiti perniagaan baru yang ditubuhkan bagi menyusun semula aliran dan fokus perniagaan kedua-dua rakan kongsi agar ia menjadi lebih berdaya saing dan kukuh.

Ia mengambil alih seluruh operasi:

Design Modular Sdn. Bhd.

Syarikat reka bentuk yang merangkumi kerja-kerja rekaan seni bina, landskap, penerbitan, DTP, ilustrasi dan grafik.

Centre of Humane Art (COHA)

Pusat Penyelidikan seni berkonsepkan kemanusiaan, yang memberi penumpuan kepada penyelidikan seni, seni bina, perbandaran, sejarah dan dokumentasi. Ia menerbitkan dokumentari-dokumentari akademik, jurnal, kertas-kertas cadangan, forum, bengkel dan pameran.

Ia juga akan bekerjasama dengan:

Terapi Pertuturan Azizah

Dalam membangun, menghasilkan dan memasarkan produk-produk terapi dan alat bantu mengajar untuk kanak-kanak istimewa, kanak-kanak bermasalah juga kanak-kanak normal.

Dalam penyusunan semula operasi ini, Saahifah dijangka bakal dapat bergerak ke hadapan sebagai sebuah syarikat bumiputera berteraskan pengetahuan (Knowledge Base) yang kukuh dan kompetitif.

FOKUS OPERASI

Umumnya operasi Saahifah berkisar kepada 4 peringkat iaitu Penyelidikan, Pembangunan Penghasilan dan Pemasaran. Masa kini, fokus operasi syarikat terarah kepada 3 bidang utama iaitu:

A. Reka Bentuk dan Pembangunan Kandungan

  • Saahifah terlibat dalam kerja-kerja reka bentuk merangkumi kerja-kerja rekaan seni bina, landskap, penerbitan, DTP, ilustrasi dan grafik.
  • Ia juga terlibat dalam Pembangunan Kandungan (Content Development) khusus kepada penyelidikan berkaitan Seni Bina dan ilmu Islam. Ini termasuk Kajian Seni Bina dan Perbandaran Islam, Penyelidikan Hadis serta Pembangunan Kepimpinan dan Moral Masyarakat Muslim.

Saahifah menyediakan kertas-kertas cadangan, laporan dan dokumentasi serta pembangunan web dan multimedia.


B. Alat Bantu Mengajar dan Pendidikan Khusus

  • Membangun produk pendidikan khas seperti buku Teknik Membaca (Kaedah S.I.), alat Kemahiran Pendengaran dan Pertuturan (KPP), alat ujian Pertuturan Awal Kanak-Kanak (PAK), alat bantu mengajar dalam bentuk kad imbas dan perisian komputer.
  • Menganjurkan bengkel, seminar dan latihan yang berkaitan. Saahifah  juga melatih dan melantik juru pulih untuk Teknik Membaca dengan Kaedah S.I.


C. Dokumentasi & Penerbitan

  • Saahifah menerbitkan bahan-bahan penyelidikan, penulisan dan buku-buku, alat bantu mengajar, cakera padat dan multimedia.
  • Ia juga menerbitkan dan memasarkan cenderamata seperti cetakan lukisan pelbagai saiz,  poskad, penanda buku, buku lakaran dan kad-kad ucap selamat termasuk Kad Hari Raya dan Hari Lahir.
  • Memborong dan memasarkan buku-buku serta bahan-bahan penerbitan yang berkaitan.